KUALA LUMPUR: Projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura yang melintasi Selat Johor kini mencapai kemajuan 52 peratus siap dan berjalan mengikut jadual ditetapkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) Datuk Mohd Zarif Hashim berkata projek nasional itu juga kini memasuki fasa kemuncak apabila aktiviti pembinaan secara menyeluruh berada pada tahap maksimum hingga Jun tahun depan.
Beliau berkata pembinaan menyeluruh itu antara lain melibatkan struktur depot, jejambat menghubung depot dan stesen, platform serta Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ).
"Projek ini memasuki fasa puncak pembinaannya bermula bulan ini, dengan setiap inci tanah digunakan akan ada pembinaan. Jadi, kami mohon supaya pengguna kereta di Johor Bharu khususnya yang melalui Jalan Tun Abdul Razak berdekatan JB Sentral tidak meletakkan kereta atau menunggu penumpang sepanjang laluan tersebut kerana ia akan menyebabkan kesesakan.
"Pihak MRT Corp juga mengadakan perbincangan dengan Majlis Bandaraya Johor Bharu (MBJB), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memastikan aliran trafik di laluan tersebut sentiasa lancar," katanya kepada Bernama hari ini.
Mengenai kompleks ICQ yang menempatkan Jabatan Kastam dan Jabatan Imigresen Malaysia, Mohd Zarif berkata pembinaannya berjalan mengikut jadual dan akan siap sepenuhnya menjelang September 2026, sebelum operasinya dibuka pada Disember tahun sama.
Beliau berkata kerja-kerja menanam cerucuk bagi struktur bangunan empat tingkat ICQ telah selesai, manakala kerja pembinaan bangunannya pula akan dijalankan dalam beberapa bulan akan datang.
"Untuk tujuan itu, satu tender terbuka dijalankan bagi mencari kontraktor berwibawa dan ia telah melalui beberapa lapisan penilaian daripada peringkat Lembaga Pengarah hingga ke Jawatankuasa Perolehan Sehenti (OSPC) yang diadakan di peringkat kerajaan.
"Keputusan muktamad telah dibuat di peringkat OSPC apabila ahlinya mengambil masa untuk berbincang dan menilai tender dikemukakan, bukan sekadar memberi kelulusan muktamad semata-mata," katanya sambil menambah penilaian dibuat mengambil kira pelbagai faktor seperti kemampuan kewangan, pengurusan risiko projek dan pengalaman terdahulu selain mengemukakan cadangan pembinaan alternatif.
Sementara itu, Mohd Zarif berkata apabila RTS Link siap, pergerakan penumpang antara sempadan Johor dan Singapura dapat dipendekkan kepada 15 minit berbanding sejam atau dua jam bagi yang menggunakan laluan biasa di Tambak Johor.
"Kita percaya dengan menggunakan sistem pintu pagar elektronik untuk kawalan pasport di laluan masuk, penumpang hanya mengambil masa 15 minit untuk sampai ke destinasi (Woodlands, Singapura) dan sebaliknya.
"Jika ini dapat direalisasikan, ia mampu menjadi pengubah keadaan yang merancakkan lagi pembangunan ekonomi koridor di selatan negara khususnya di Johor," katanya dan turut menambah pembangunan hartanah bercampur turut dibina bersebelahan stesen RTS Link Bukit Chagar.
Bagi memastikan pembinaan RTS Link tidak memberi impak kepada alam sekitar, Mohd Zarif berkata pihaknya melantik juruaudit alam sekitar pihak ketiga yang memantau projek itu dari semasa ke semasa supaya mematuhi laporan penilaian impak alam sekitar (EIA).
"Bagi melindungi ekosistem marin di Selat Johor, langkah sewajarnya juga diambil antaranya dengan pemasangan tirai kelodak bagi mengelakkan hakisan di dasar laut," katanya.
RTS Link adalah rangkaian rel sepanjang empat kilometer yang menghubungkan Bukit Chagar, Stesen Johor Bahru dan Woodlands di Singapura.
Projek RTS Link yang dijadual siap menjelang Disember 2026, dijangka mampu menarik 35 peratus daripada 350,000 orang yang bergerak melalui Tambak Johor setiap hari.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2023
Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Mohd Zarif Hashim ditemubual Bernama mengenai Projek Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS Link) Johor Bahru-Singapura di Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) hari ini. - Foto BERNAMA
Mahkamah benar permohonan Fahmi Fadzil pindah kes saman ke Mahkamah Tinggi lain
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil untuk memindahkan kes samannya terhadap Papagomo ke Mahkamah Tinggi lain.
[TERKINI] PM sambut baik pengumuman komitmen pelaburan Google
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik pengumuman syarikat gergasi teknologi google yang mengesahkan komitmen pelaburan bernilai RM9.4 bilion bagi menempatkan pusat data Google dan wilayah awan Google pertama di Malaysia.
[TERKINI] Nahas helikopter TLDM akibat salah haluan
Nahas helikopter TLDM 23 April akibat helikopter Fennec tidak berada pada ketinggian dan haluan ditetapkan, menyebabkan pelanggaran dengan helikopter AW-139.
Bekas Presiden PPOC mengaku pecah amanah hampir RM500,000
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman satu hari penjara bagi setiap pertuduhan yang berjalan serentak dari tarikh jatuh hukuman.
Bursa Malaysia dibuka rendah, lanjutkan kerugian
Bursa Malaysia melanjutkan aliran menurunnya untuk dibuka rendah hari ini, menjejaki prestasi semalaman Wall Street.
Tak boleh sokong PM: 10 ADUN Bersatu Perlis, Terengganu serah Surat Arahan MPT
Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan Surat Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).
Fintech: Malaysians lead the world in mobile wallet usage
Malaysian consumers are leading the charge in embracing alternative payment methods and cutting-edge technologies, according to the latest findings from Adyen, a global financial technology platform for businesses. 63 per cent of Malaysians utilise mobile wallets for transactions, boasting the highest adoption rate globally based on a survey, the Adyen Index 2024 of over 38,000 shoppers and 13,000 merchants across 26 markets.Their Country Manager, Soon Yean Lee unveils these insights.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini, meneruskan aliran penurunan semalam.
Pemandu lori maut dalam kemalangan babit lima motosikal
Ketika kejadian, mangsa sedang berkonvoi bersama 20 motosikal dari Simpang Ampat, Alor Gajah menuju ke Johor.
PM sambut baik pengumuman komitmen pelaburan Google
Perdana Menteri menyambut baik pengumuman syarikat gergasi teknologi Google yang mengesahkan komitmen pelaburan bernilai RM9.4 bilion.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
RTS Link, projek berwawasan melangkaui sempadan dan inovasi
Perjalanan projek Rapid Transit System Link (RTS Link) setakat ini amat memberangsangkan dan "berwawasan," melangkaui sempadan dan inovasi.
RTS bakal lonjakkan usaha perkasakan pengangkutan awam di Johor - Pakar
Projek itu dijangka melonjakkan usaha memperkasakan pengangkutan awam di negeri ini terutamanya yang melibatkan pengangkutan rel.
Kerajaan yakin RTS Link beroperasi mulai 1 Jan 2027 - Loke
Kerajaan berpuas hati dengan kemajuan kerja-kerja pembinaan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura.
Tahap kemajuan RTS Link capai 52 peratus setakat Oktober
Projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura yang melintasi Selat Johor kini mencapai kemajuan 52 peratus siap dan berjalan mengikut jadual ditetapkan.
Projek RTS Link Johor Bahru-Singapura capai kemajuan 10 peratus
Tahap kemajuan kerja projek Laluan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura kini mencapai hampir 10 peratus, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Projek RTS Link JB-Singapura tidak berjalan lancar - Menteri Singapura
Beliau berkata Perjanjian Dua Hala RTS Link (BA) yang dimeterai Singapura dan Malaysia pada Januari 2018, telah menetapkan beberapa perkara penting bagi menjejaki perkembangan projek tersebut.